Wanita yang berlumba-lumba ingin kelihatan berkulit putih gebu sanggup membahayakan kesihatan kulit masing-masing dengan membeli kosmetik yang mengandungi ramuan beracun kerana terpengaruh dgn kesan yang cepat di samping harga yang dikatakan terlalu murah. Akibatnya kulit cepat rosak, kehitam-hitaman dan lebih menyedihkan boleh mengakibatkan kanser kulit.
Lambakan krim kosmetik palsu membahayakan kesihatan kerana mempunyai kandungan “racun-resepi maut” termasuk kimia hydroquinone” di pasaran tempatan dianggap semakin serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai perlu sedar bahawa bahan kimia berkenaan berfungsi sebagai peluntur dan boleh menyebabkan keradangan dan barah kulit.
Memang pada permulaannya pengguna akan merasai perubahaan pada tona kulit wajah mereka tetapi ianya tidak akan kekal lama kerana keaddan itu sebenarnya akibat hakisan lapisan kulit yang belum sempat matang. Dalam tempoh singkat apabile terdedah kepada cahaya matahari, kulit itu akan menjadi buruk dan terbakar seterusnya menukarkan tona wajah kehitam-hitaman bagaikan terbakar.
Kosmetik yang mengandungi bahan berkenaan sepatutnya hanya boleh dijual di farmasi terpilih dengan kebenaran ahli farmasi atau pelanggan perlu menunjukkan preskripsi terlebih dahulu sebelum membenarkan membelinya. Kebanyakan kosemtik kosmetik yang merbahaya tersebut diseludup dari Filipina dan Thailand. walaupun pengeluarannya telah beberapa kali diharamkan dan beberapa kali serbuan dilakukan, tetapi penyeludupannya masih berterusan akibat permintaan terlalu tinggi dari pengguna yg kurang kesedaran mengenai bahayanya kosmetik berkenaan.