Kebaikan Susu Ibu

Susu ibu mempunyai kolustrum cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar.Kolustrum ini membantu sistem pencernaan bayi dan juga menambah baik sistem imuniti badan bayi.

Bayi yang menyusu badan kurang mendapat alergi, sakit usus/pencernaan dan juga asma/lelah. Ini kerana susu ibu juga mempunyai antibodi pertahanan badan.

Kesesuaian protein dan lemak di dalam susu ibu berbanding dengan susu formula.

Lazimnya bayi yang menyusu badan kurang mendapat masalah penghadaman, pencernaan atau sembelit.

Bayi yang menyusu badann juga berisiko rendah untuk mendapat sindrom kematian mengejut bayi.

Kesesuaian susu telah sediada, tanpa dibeli, tanpa penyediaan dan sudah pun berada pada suhu yang sesuai untuk bayi.

Apabila bayi menyusu, rembesan hormon oksitosin dikeluarkan, menyebabkan berlakunya kontraksi seperti mana dialami selepas sahaja bersalin, ini mencepatkan lagi pengembalian rahim ke saiz dan bentuk asal sebelum mengandung. Pendarahan juga menjadi sedikit dan pendek tempohnya.

Penyusuan turut mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan juga sesetengah kanser.

Perlu diingatkan yang berat badan ibu akan bertambah dibandingkan dengan sebelum bersalin. Jadi, aktiviti penyusuan dapat membantu mengurangkan ebrat badan dengan membakar kalori.

Tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli susu formula.

Menjalinkan hubungan yang istimewa di antara ibu dan bayi.

KESIHATAN PAYUDARA IBU MENYUSU

Masalah yang sering dihadapi :

1) Kesakitan pada puting kerana cengkaman mulut bayi pada puting yang mungkin menyebabkan berlakunya luka.
2) Puting tersumbat, jadi pengaliran susu terbantut
3) Keradangan payudara akibat daripada jangkitan bakteria pada kelenjar susu.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda mengalami petanda-petanda berikut :

1) Demam
2) Kemerahan payudara
3) Pembengkakan setempat
4) Kalianan pada kulit
5) Pendarahan
6) Kesakitan

Tip-tip kepada ibu :

1) Gunakan teknik penyusuan yang betul
2) Gunakan jari untuk memberhentikan cengkaman vakum hisapan sebelum mengalihkan ke payudara bersebelahan
3) Cuci payudara selepas penyusuan. Pastikan ianya bersih dan kering
4) Gunakan coli yang bersesuaian dengan saiz payudara. Tukarkan pelapik dengan segera jika pelapik menjadi basah.
5) Lembutkan puting payudara dengan krim pelembut
6) Jangan gunakan sabun ataupun krim pewangi untuk membasuh puting
7) Gunakan payudara yang satu lagi sekiranya payudara menjadi tidak selesa dan sakit.

PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU-IBU YANG BEKERJA

Susui bayi anda sekurang-kurangnya 5 – 6 bulan pertama selepas kelahiran.
Kebanyakan ibu perlu kembali bekerja selepas 2 bulan. Jadi, bagaimanakah anda dapat terus menyusu bayi3 Majikan anda mungkin menyediakan bilik asuhan untuk bayi-bayi pekerjanya. Jika demikian,
bawalah bayi anda bersama ke tempat kerja. Andainya ini tidak mungkin,anda masih boleh memberi bayi susu ibu. Berikut adalah beberapa panduan kasar untuk membantu anda:

Bilakah masa yang sesuai untuk memerah susu:

  • Berlatihlah memerah susu dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh melakukannya pada bila-bila saja.
  • Selepas menyusu, perah susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
  • Anda boleh juga memerah dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat dan penuh atau jika susu meleleh keluar.
  • Melalui latihan, anda dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
  • Adalah penting untuk anda memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 – 4 jam. Susu yang diperah bolah disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.

Selepas berlatih selama dua minggu, anda mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 – 90ml sebotol.

Bagaimana menyimpan susu ibu yang telah diperah

  • Selapas memerah susu ibu ke dalam bekas yang bersih, segera simpan dalam peti sejuk atau bekas yang mengandungi ais. Susu ini handaklah digunakan dalam masa 24 – 48 jam.
  • Jika tiada peti sejuk atau bekas yang mangandungi ais, simpan susu perahan di tempat yang sejuk sahingga lapan jam.
  • Jangan sekali-kali mencampurkan susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

Bagaimana menggunakan susu ibu yang telah disimpan:

Sebalum digunakan, biarkan susu tersabut kembali ke suhu bilik. Jika perlu, masukkan bekas
dengan susu berkenaan dalam semangkuk air panas.

  • Jangan sekali-kali memasak susu ibu.
  • Andainya tugas anda memerlukan anda keluar rumah selama beberapa hari, anda bolehlah membekukan susu perahan anda dalam beberapa bekas dalam kuantiti yang sedikit. Untuk mancairkannya, pegang bakasnya di bawah air mengalir. Seterusnya,perlahan·lahan panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga ia mencapai suhu bilik.
  • Jangan sekali-kali membekukan semula susu yang telah dicairkan.
  • Biarkan pengasuh bayi anda berlatih menyusukan bayi dengan susu ibu yang telah diperah.
  • IINGAT! Untuk mengekalkan bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas kerja, di waktu malam dan pada hari-hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila berada di pejabat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

Hello! Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to klinikqistina@gmail.com

Nurse

Nurse

Online

Admin Manager

Iskandar

Online

Nurse

Hi, may i help you? 00.00

Iskandar

Hi, may i help you? 00.00
Scroll to Top