Jangan Rampas Suamiku : Gila Meroyan?

Antara punca-punca Gila Meroyan adalah ;

1) Suami ada perempuan lain
2) Suami curang ketika isteri di
dalam pantang
3) Isteri dimadukan dengan rahsia
4) Tekanan Kerja
5) Tekanan masalah kewangan
6) Tekanan masalah anak-anak

Walau bagaimanapun, Gila meroyan paling banyak berlaku ke atas wanita yang menghadapi tekanan perasaan berkaitan suami yang curang/mempunyai perempuan simpanan ketika wanita mengandung dan tekanan berterusan sehinggalah sampai tempoh bersalin dan berpantang. Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

Hello! Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to klinikqistina@gmail.com

Nurse

Nurse

Online

Admin Manager

Iskandar

Online

Nurse

Hi, may i help you? 00.00

Iskandar

Hi, may i help you? 00.00
Scroll to Top