Anak Ku Autisme

Saya berasa amat lega dan tetapi jauh disudut hati saya, masih ada keraguan. Sehinggalah saya menyertai Kempen Pemeriksaan Kesihatan Kanak-kanak anjuran Klinik Qistina baru-baru ini, saya telah mengajukan soalanyang sama pada Doktor Kanak-kanak di Klinik Qistina. Hasil pemeriksaan dan ujian yang dilakukan oleh Doktor  ersebut mendapati anak saya mempunyai symptom “Moderate Autisme”. Doktor tersebut terus menasihatkan saya apa yang sepatutnya saya lakukan dan merujuk kepada Pakar yang berkaitan denganPembangunan Minda Kanak-kanak. Saya sangat berterima kasih kepada Doktor Kanak-kanak di Klinik QIstina dalam menganjurkan Kempen Pemeriksaan Kanak-kanak Secara Percuma tersebut. Saya telah mengambil tindakan segera seperti yang dinasihatkan
dan saya sangat bersyukur kerana dapat memulihkan anak saya di usia muda.  

Terima Kasih Klinik Qistina atas Usaha Murni menganjurkan Kempen Percuma tersebut.Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan 1 dari 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kira-kira 47000 penduduk negara kita menghidap Autisme. Daripada jumlah itu, 4 atau 5 dari setiap 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkab mereka kehilangan keupayaan memahami keaadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70% kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingakh laku.

Kekurangan dialami oleh kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Ciri-ciri kanak-kanak Autisme adalah :

1) Tidak mampu Bersosial

a) Tidak menghiraukan orang lain
b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka bermain sendiri
g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi

2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat bercakap
b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap dalam nada yang pelik – seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya

3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a) Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan minat pelik, contohnay terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan l=diluar kawalan.
d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh duduk diam
f) Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa

4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap positif – tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu bersosial – jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d) Aktif tetapi perangai pelik – kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibubapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih perlahan daripada kanak-kanak normal

Lebih awal masalah anak-aanak autisme dapat dikesan adalah lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah :

1) Penggil rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli
2) Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar
3) Memberi penerangan menegnai setiap peraturan permainan atau pun aktiviti-aktiviti tertentu suapaya kanak-kanak tersebut dapat memahami dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu
4) Galakkan anak anak menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya
5) Jadi “role model” kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah
6) belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru
7)  Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali dibuli.
8) Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.
9) Libatkan aknak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama, melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar sekolah
10) Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat sepanjang masa.

BILL GATES & Juara Renang Beijing Olimpic antara penghidap Autisme yang berjaya….

Sumber : Metro Ahad, 15 Jun 2008, mukasurat 27 – SIHAT

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need help? Let's chat with us!

Hello! Click one of our representatives below to chat on WhatsApp or send us an email to klinikqistina@gmail.com

Nurse

Nurse

Online

Admin Manager

Iskandar

Online

Nurse

Hi, may i help you? 00.00

Iskandar

Hi, may i help you? 00.00
Scroll to Top