|
1.
Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda
perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa
saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri!
Hah! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada
seseorang yang diminatinya.
2.
Suami pakai dua atau lebih talipon gengam? Ada sesetengah kompeni
memang ada memberi kemudahan talipon genggam dan suami mungkin
dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu talipon
genggamnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan!
3.
Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama. Ada pepatah
mengatakan, masakan kucing menolak lauk, ya! Atau mungkin bila suami
nampak kelemahan anda, suami mula komplen yang anda tidak pandai itu dan
tidak pandai ini! Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa komplen,
suami akan bermasam muka.
4.
Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret
seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’
biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang
baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah
dilihat seri cinta diwajahnya.
5.
Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa! Mungkin
fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan ‘kekasih gelap’nya,
jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.
6.
Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda
katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh
pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah
berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah. Ingat,
ada tambang murah tiket kapalterbang yang memungkinkan suami melancong
bersama ‘kekasih gelap’nya!
7.
Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda?
Jangan mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala
sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda
supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.
8.
Suami selalu lewat tidur. Jika dulu beriya-iya mengajak anda tidur awal
supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, awaslah, jika kebelakangan ini
dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di kaca televisyen
dan suami asyik mengerling talipon genggamnya, berwaspadalah.
Berkemungkinan suami mahu bermain sms dengan ‘kekasih gelap’nya! Lewat
malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.
9.
Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa
nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”
10.
Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama
ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain
dengan mereka.
Antara tip dan ‘kerja-kerja gila’ yang boleh dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangganya ialah:
1.
Talipon gengamnya selalu di‘silent’ atau ditutup ketika berada di
rumah. Jika ini berlaku, tentu ada sebabnya, berkemungkinan besar ada
sesuatu yang cuba disembunyikannya. Sesekali periksa talipon gengamnya,
semak SMS, email dan panggilan telefon suami. Mohon penjelasan secara
berhemah tentang sesuatu yang mencurigakan. Jangan mudah menghukum,
tetapi tanyalah dengan baik pada masa yang anda berdua selesa.
2.
Apa kata anda buat kejutan! Sesekali ambil cuti mengejut dan pergilah
melawat suami di pejabatnya dan biarkan hati anda merasa apa-apa yang
berlaku di sana.
3.
Ambil peduli siapa teman-teman rapatnya. Pepatah Arab ada menyatakan:
“Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman
pasti mengikuti temannya.” Firman Allah SWT yang bermaksud, “Teman-teman
yang akrab pada hari itu (akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi
sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah
al-Zukhruf, ayat 67). Sekali-sekala, apa kata anda hubungi teman
rapatnya. Tiada salahnya jika anda inginkan kepastian teman-teman suami
anda bukanlah dikalangan orang-orang yang boleh ‘merosakkan’ suami anda.
4. Perbaiki layanan anda terhadap suami dan lakukan perubahan yang positif serta selidikilah kekurangan diri.
Adakah
anda seorang isteri yang terobses oleh suami anda? Jika anda tidak
risau tentang hal ehwal suami anda sendiri, itu adalah petanda awal bagi
keretakan perkahwinan yang dibina. Sayangilah diri dan suami, anda
berdua akan kekal bahagia selamanya, insya Allah!
|