KEBAIKAN SUSU IBU
1)
Susu ibu mempunyai kolustrum cecair berwarna kekuningan yang keluar
sebelum susu keluar.Kolustrum ini membantu sistem pencernaan bayi dan
juga menambah baik sistem imuniti badan bayi.
2) Bayi

yang menyusu badan kurang mendapat alergi, sakit
usus/pencernaan dan juga asma/lelah. Ini kerana susu ibu juga mempunyai
antibodi pertahanan badan.
3) Kesesuaian protein dan lemak di dalam susu ibu berbanding dengan susu formula.
4) Lazimnya bayi yang menyusu badan kurang mendapat masalah penghadaman, pencernaan atau sembelit.
5) Bayi yang menyusu badann juga berisiko rendah untuk mendapat sindrom kematian mengejut bayi.
KEBAIKAN SUSU BADAN PADA IBU
1) Kesesuaian susu telah sediada, tanpa dibeli, tanpa penyediaan dan sudah pun berada pada suhu yang sesuai untuk bayi.
2)
Apabila bayi menyusu, rembesan hormon oksitosin dikeluarkan,
menyebabkan berlakunya kontraksi seperti mana dialami selepas sahaja
bersalin, ini mencepatkan lagi pengembalian rahim ke saiz dan bentuk
asal sebelum mengandung. Pendarahan juga menjadi sedikit dan pendek
tempohnya.
3) Penyusuan turut mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan juga sesetengah kanser.
4)
Perlu diingatkan yang berat badan ibu akan bertambah dibandingkan
dengan sebelum bersalin. Jadi, aktiviti penyusuan dapat membantu
mengurangkan ebrat badan dengan membakar kalori.
5) Tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli susu formula.
6) Menjalinkan hubungan yang istimewa di antara ibu dan bayi.
KESIHATAN PAYUDARA IBU MENYUSU
Masalah yang sering dihadapi :
1) Kesakitan pada puting kerana cengkaman mulut bayi pada puting yang mungkin menyebabkan berlakunya luka.
2) Puting tersumbat, jadi pengaliran susu terbantut
3) Keradangan payudara akibat daripada jangkitan bakteria pada kelenjar susu.
Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda mengalami petanda-petanda berikut :
1) Demam
2) Kemerahan payudara
3) Pembengkakan setempat
4) Kalianan pada kulit
5) Pendarahan
6) Kesakitan
Tip-tip kepada ibu :
1) Gunakan teknik penyusuan yang betul
2) Gunakan jari untuk memberhentikan cengkaman vakum hisapan sebelum mengalihkan ke payudara bersebelahan
3) Cuci payudara selepas penyusuan. Pastikan ianya bersih dan kering
4) Gunakan coli yang bersesuaian dengan saiz payudara. Tukarkan pelapik dengan segera jika pelapik menjadi basah.
5) Lembutkan puting payudara dengan krim pelembut
6) Jangan gunakan sabun ataupun krim pewangi untuk membasuh puting
7) Gunakan payudara yang satu lagi sekiranya payudara menjadi tidak selesa dan sakit.
Autisme
adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan
sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta
menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, biasanya berkaitan minat,
aktiviti dan perangai.
Dianggarkan 1 dari 500 kanka-kanak di Malaysia mengalami masalah ini
dan statistik menunjukkan kira-kira 47000 penduduk negara kita
menghidap Autisme. Daripada jumlah itu, 4 atau 5 dari setiap 10,000
pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkab mereka kehilangan
keupayaan memahami keaadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70%
kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. ini
sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah
berinteraksi, berkomunikasi dan tingakh laku.
Kekurangan dialami oleh kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak
faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan
tidak pandai berinteraksi secara spontan.
Ciri-ciri kanak-kanak Autisme adalah :
1) Tidak mampu Bersosial
a) Tidak menghiraukan orang lain
b) Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain,
c) Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
d) Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium
e) Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran
f) Lebih suka bermain sendiri
g) Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi
2) Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
a) Lambat bercakap
b) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
c) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
d) Bercakap dalam nada yang pelik - seperti menyanyi atau bercakap macam robot
e) Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
f) Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya
3) Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
a)
Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada
pembaharuan. Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan
b) Menunjukkan minat pelik, contohnay terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
c) Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan l=diluar kawalan.
d) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
e) Tidak boleh duduk diam
f) Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa
4) Masalah Tingkah Laku
a) Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
b) Bersikap positif - tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk
c) Tidak tahu bersosial - jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan
d)
Aktif tetapi perangai pelik - kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan
perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak
lain.
Kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau
bodoh, cuma guru dan ibubapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh
kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai
bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya adalah lebih
perlahan daripada kanak-kanak normal
Lebih awal masalah anak-aanak autisme
dapat dikesan adalah lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya
disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.
Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun
yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan
memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan
kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.
Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah :
1) Penggil
rakan-rakan datang ke rumah untuk membolehkan kanak-kanak rasa ia
diterima dan lebih yakin dan mengelak dari menjadi mangsa buli
2) Tentukan jenis permainan agar kanak-kanak ini tidak perlu menunggu giliran dan lebih banyak bersabar
3) Memberi penerangan menegnai setiap peraturan permainan atau pun
aktiviti-aktiviti tertentu suapaya kanak-kanak tersebut dapat memahami
dengan jelas. Perlu beri ulangan jika perlu
4) Galakkan anak anak
menjadi peramah dan jangan kritik keterlaluan sekiranya ianya melakukan
kesalahan atau kesilapan yang tidak sepatutnya
5) Jadi "role model" kepada anak anak tersebut yang kita mempunyai sikap positif dan peramah
6) belajar perkataan-perkataan yang tidak boleh dicakap dihapan kanak kanak autisme kerana mereka mudah meniru
7)
Jalinkan hubungan yang erat dengan pihak sekolah untuk mengetahui tahap
pembelajaran dan pergaulannya Kerana, kanak-kanak autisme seringkali
dibuli.
8) Tayangkan video-video berkaitan perkara-perkara positif agar
kanak-kanak ini mudah meniru perkara-perkara positif berbanding negatif.
9)
Libatkan aknak-kanak autisme dengan aktiviti sosial seperti drama,
melukis dan lain-lain agar perkembangan sosial nya berterusan di luar
sekolah
10) Kanak-kanak autisme cepat lupa dan sukar untuk mengingat. Ibubapa
hendaklah menyediakan Buku Komunikasi atau Diari agar kanak-kanak ini
menbulis setiap aktiviti dan perkara-perkara penting yang perlu diingat
sepanjang masa.
BILL GATES antara penghidap Autisme yang berjaya....
Sumber : Metro Ahad, 15 Jun 2008, mukasurat 27-SIHAT