Viagra Dapat Membantu Hubungan Kelamin?
Ia amat penting dalam
mewujud dan mengekalkan
ketegangan zakar
secara normal. Lebih lama
cyclic GMP berada di dalam
zakar, peluang untuk
mencapai dan mengekalkan ketegangan
zakar adalah lebih baik.
Sildenafil membolehkan lebih banyak
cyclic GMP berada lama di dalam
zakar tanpa meningkatkan
pengeluaran kimia dalam badan.
|
| Viagra dan kesan pengambilannya. |
SlLDENAFIL citrate SlLDENAFIL citrate
adalah nama saintifik bagi Viagra. Iadiambil daripada kumpulan
ubat-ubatan yang dipanggil Phosphosiesterase inhibitors. Fungsinya
adalah untukmenghalang aktiviti sesuatu enzim. Secara umumnya, ubat
tersebut diuji guna untuk merawat tekanan darah tinggi yang tidak
teratur. Setakat ini tidak ada sebarang ubat daripada kumpulan
Phosphosiesterase inhibitors yang boleh digunakan di Amerika Syarikat
kerana ia cenderung menghasilkan kesan sampingan. Namun begitu, pada
masa sildenafil gagal menunjukkan kesannya mengawal ketidaknormalan
tekanan darah tinggi, didapati pula kebanyakan pesakit yang mengamalkan
kumpulan ubat ini yang kebetulan mempunyai masalah mati pucuk,
dilaporkan mengalami ketegangan zakar.
Bagaimanakah sildenafil berfungsi?
Sildenafil berfungsi dengan menghalang enzim yang terdapat di dalam
zakar yang secara semula jadinya menghasilkan bahan kimia dipanggil
cyclic GMP. Cyclic GMP terhasil apabila berlakunya rangsangan seksual.
Ia amat penting dalam mewujud dan mengekalkan ketegangan zakar secara
normal. Lebih lama cyclic GMP berada di dalam zakar, peluang untuk
mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar adalah lebih baik. Sildenafil
membolehkan lebih banyak cyclic GMP berada lama di dalam zakar tanpa
meningkatkan pengeluaran kimia dalam badan.
Justeru itu, rangsangan seksual amat penting kerana tanpa rangsangan
seksual bermakna tidak ada pengeluaran cyclic GMP. Kesannya tidak akan
berlaku ketegangan zakar.
Sejauh manakah sildenafil berkesan?
Secara umumnya, sildenafil berjaya ke atas 65 peratus hingga 70
peratus lelaki impotens. Lebih besar darjah kerosakan ke atas mekasnisme
ketegangan biasa, lebih rendah kadar kejayaan keseluruhan.
Lelaki yang mempunyai masalah impotens disebabkan oleh psikologi atau
psikogenik mendapati tindak balas terbaik dengan 84 peratus menunjukkan
pencapaian dalam ketegangan zakar dan 70 peratus berjaya dalam
percubaan melakukan hubungan seksual. Di antara 59 hingga 60 peratus
pesakit kencing manis dan kecederaan tulang belakang dilaporkan berjaya
dengan rawatan sildenafil. Kadar tindak balas yang paling teruk adalah
bagi pesakit yang mengalami impotens selepas menerima pembedahan kanser
prostat. Sunggahpun, kumpulan ini sukar dirawat, 43 peratus dilaporkan
mencapai ketegangan.
Bagamanakah cara pengambilan sildenafil? Apakah kesannya jika mengambilnya terlalu banyak
Sildenafil boleh didapati di dalam tiga dos: Pil 25 mg, pil 50 mg dan
pil 100 mg. Ia perlu dimakan ketika perut kosong lebih kurang satu jam
sebelum hubungan seksual dilakukan walaupun ia mungkin bertindak dalam
tempoh 30 minit sehingga empat jam selepas pil ditelan. Saranan yang
selalu disyorkan kepada kebanyakan pesakit ialah dengan mula memakan pil
percubaan di rumah iaitu 50 mg.
Jika terjadi kesan sampingan, dos yang lebih rendah akan disyorkan.
Jika tidak berlaku sebarang kesan sampingan, pesakit boleh memakan
dos100mg.Pesakit yang lebih tua dan sesiapa yang mempunyai masalah hati
dan buah pinggang dinasihatkan memulai dengan pil 25 mg. Hanya satu biji
pil sahaja boleh dimakan sehari. Meningkatkan jumlah dos melebihi 100
mg sehari tidak akan memperbaiki tindak balas ketegangan sebaliknya
boleh menyebatkan kesan-kesan sampingan.
APAKAH KESAN KESAN SAMPINGANNYA?
Sakit Kepala
kesan sampingan yang biasa berlaku. Satu daripada 10 lelaki men
galami sakit kepala dan tambah teruk lagi apabila mengambil dos yang
lebih tinggi.
Gangguan visual (buta warna)
kehilangan kebolehan untuk membezakan antara biru dan hijau. Ini
kerana mata mengandungi enzim yang lebih kurang sama dengan enzim yang
dikeluarkan oleh Viagra. Lebih kurang tiga peratus pengguna mengalami
masalah penglihatan
Tekanan darah rendah
secara tiba-tiba tekanan darah rendah boleh berlaku Viagra bersama
nitroglycerin atau ubat anti-hypertensive berisiko sama ada jatuh
pengsan atau kejutan.
Priapism
Walaupun ia tidak pernah berlaku dalam ujian, mengikut teori, lelaki
yang mempunyai penyakit anemia, leukemia atau urethral inflammation
menghadapi risiko mendapat priapism (ketegangan yang tidak normal selama
empat Jam atau lebih). Tanpa rawatan, priapism akan menyebabkan
kerosakan tisu dan menyebabkan impotens.
Koronari Koital
Kadangkala impotens adalah petanda awal penyakit jantung, kencing
manis dan beberapa jenis kanser. Mengambil Viagra mungkin boleh
mengancam jiwa. Lelaki yang mempunyai masalah koronari dan tidak
melakukan hubungan seksual beberapa tahun perlu berjumpa doktor.
Penganiayaan
Tidak siapa tahu kesan-kesan jangka panjang pengambilan Viagra yang
terlalu banyak terutama kepada lelaki yang menyalahgunakannya. Walaupun
secara relatifnya ia merupakan ubat yang selamat, terdapat kemungkinan
pengguna secara psikologi akan terlalu bergantung kepadanya dan tidak
boleh mencapai ketegangan tanpa Viagra.
BOLEHkAH SILDENAFIL DIMAKAN BERSAMA UBAT LAIN?
Pesakit yang mengambil sebarang jenis ubat nitrat organik tidak boleh
mengambil sildenafil. Sildenafil tidak boleh dimakan oleh pesakit yang
memakan ubat-ubatan yang mengandungi NITRAT. Jika anda memakan sebarang
ubat nitrat seperti ISORDIL, NITROPASTE, NITROPRESS, NITROLSTAT atau
NITROGLYCERIN, anda tidak boleh memakan sildenafil. Pesakit yang
mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi boleh mengambil sildenafil
tetapi adalah lebih bijak untuk memeriksa semula tekanan darah selepas
rawatan. Sildenafil diproses secara kimia di dalam hati. Ubat-ubat yang
mengganggu aktiviti tersebut akan menyebabkan peningkatan tahap darah
oleh sildenafil dan mengakibatkan kesan-kesan sampingan lain.
Contoh-contoh ubat-ubat tersebut adalah seperti Tagamet, Erythromycin
dan ubat anti-fungal seperti Nizoral (ketoconazole). Pesakit yang
mengamalkan ubat-ubat tersebut hanya boleh mengambil dos 25 mg atau
menghabiskan penggunaan ubat-ubat lain sebelum mengambil sildenafil.
APAKAH UJIAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGAMBIL SILDENAFIL?
- Impotens lazimnya merupakan simptom kepada penyakit yang berkaitan.
Pesakit mestilah dirawat untuk penyakit-penyakit tersebut. Sejarah
perubatan dan seksual serta pemeriksaan fizikal adalah penting. Tekanan
darah harus diperiksa terutama ke atas pesakit yang menghidap darah
tinggi. Senarai mengenai semua jenis ubat yang dimakan oleh pesakit
mestilah lengkap. Ujian darah akan dilakukan untuk memeriksa tahap
horrnon lelaki (testosterone), hati dan keadaan buah pinggang dan
kemungkinan menghidap kencing manis.
- Untuk mengetahui dengan mendalam mengenai penyakit berkaitan
yang menyebabkan masalah ketidakupayaan ketegangan zakar, ujian-ujian
lain juga diperlukan seperti Snap Gauge (ujian Rigiscan untuk mengetahui
gerak balas ketegangan), ujian pengaliran darah dalam zakar dan
beberapa ujian berkaitan. Dengan mengetahui punca-puncanya maka rawatan
yang sempurna mudah dijalankan.
|