|
|
|
Orang ramai yang mengalami masalah ini
semakin terdesak dan mencuba segala "mak nenek" ubat yang ada di pasaran
sedangkan keberkesanannya sangat minima setelah ribuan wang ringgit
dilaburkan. Lebih memburukkan keadaan, ianya turut mengandungi bahan
terlarang yg boleh membawa maut. Kunjungi Klinik Qistina untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan cadangan rawatan yang bersesuaian.
SlLDENAFIL citrate
Bagaimanakah sildenafil berfungsi?
Sildenafil berfungsi dengan menghalang
enzim yang terdapat di dalam zakar yang secara semula jadinya
menghasilkan bahan kimia dipanggil cyclic GMP. Cyclic GMP terhasil
apabila berlakunya rangsangan seksual.
Ia amat penting dalam mewujud dan
mengekalkan ketegangan zakar secara normal. Lebih lama cyclic GMP berada
di dalam zakar, peluang untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan zakar
adalah lebih baik. Sildenafil membolehkan lebih banyak cyclic GMP
berada lama di dalam zakar tanpa meningkatkan pengeluaran kimia dalam
badan.
Justeru itu, rangsangan seksual amat
penting kerana tanpa rangsangan seksual bermakna tidak ada pengeluaran
cyclic GMP. Kesannya tidak akan berlaku ketegangan zakar.
Sejauh manakah sildenafil berkesan?
Secara umumnya, sildenafil berjaya ke
atas 65 peratus hingga 70 peratus lelaki impotens. Lebih besar darjah
kerosakan ke atas mekasnisme ketegangan biasa, lebih rendah kadar
kejayaan keseluruhan.
Lelaki yang mempunyai masalah impotens
disebabkan oleh psikologi atau psikogenik mendapati tindak balas terbaik
dengan 84 peratus menunjukkan pencapaian dalam ketegangan zakar dan 70
peratus berjaya dalam percubaan melakukan hubungan seksual. Di antara 59
hingga 60 peratus pesakit kencing manis dan kecederaan tulang belakang
dilaporkan berjaya dengan rawatan sildenafil. Kadar tindak balas yang
paling teruk adalah bagi pesakit yang mengalami impotens selepas
menerima pembedahan kanser prostat. Sunggahpun, kumpulan ini sukar
dirawat, 43 peratus dilaporkan mencapai ketegangan.
Bagamanakah cara pengambilan sildenafil? Apakah kesannya jika mengambilnya terlalu banyak
Sildenafil boleh didapati di dalam tiga
dos: Pil 25 mg, pil 50 mg dan pil 100 mg. Ia perlu dimakan ketika perut
kosong lebih kurang satu jam sebelum hubungan seksual dilakukan walaupun
ia mungkin bertindak dalam tempoh 30 minit sehingga empat jam selepas
pil ditelan. Saranan yang selalu disyorkan kepada kebanyakan pesakit
ialah dengan mula memakan pil percubaan di rumah iaitu 50 mg.
Jika terjadi kesan sampingan, dos yang
lebih rendah akan disyorkan. Jika tidak berlaku sebarang kesan
sampingan, pesakit boleh memakan dos100mg.Pesakit yang lebih tua dan
sesiapa yang mempunyai masalah hati dan buah pinggang dinasihatkan
memulai dengan pil 25 mg. Hanya satu biji pil sahaja boleh dimakan
sehari. Meningkatkan jumlah dos melebihi 100 mg sehari tidak akan
memperbaiki tindak balas ketegangan sebaliknya boleh menyebatkan
kesan-kesan sampingan.
APAKAH KESAN KESAN SAMPINGANNYA?
Sakit Kepala
kesan sampingan yang biasa berlaku. Satu
daripada 10 lelaki men galami sakit kepala dan tambah teruk lagi apabila
mengambil dos yang lebih tinggi.
Gangguan visual (buta warna)
kehilangan kebolehan untuk membezakan
antara biru dan hijau. Ini kerana mata mengandungi enzim yang lebih
kurang sama dengan enzim yang dikeluarkan oleh Viagra. Lebih kurang tiga
peratus pengguna mengalami masalah penglihatan
Tekanan darah rendah
secara tiba-tiba tekanan darah rendah
boleh berlaku Viagra bersama nitroglycerin atau ubat anti-hypertensive
berisiko sama ada jatuh pengsan atau kejutan.
Priapism
Walaupun ia tidak pernah berlaku dalam
ujian, mengikut teori, lelaki yang mempunyai penyakit anemia, leukemia
atau urethral inflammation menghadapi risiko mendapat priapism
(ketegangan yang tidak normal selama empat Jam atau lebih). Tanpa
rawatan, priapism akan menyebabkan kerosakan tisu dan menyebabkan
impotens.
Koronari Koital
Kadangkala impotens adalah petanda awal
penyakit jantung, kencing manis dan beberapa jenis kanser. Mengambil
Viagra mungkin boleh mengancam jiwa. Lelaki yang mempunyai masalah
koronari dan tidak melakukan hubungan seksual beberapa tahun perlu
berjumpa doktor.
Penganiayaan
Tidak siapa tahu kesan-kesan jangka
panjang pengambilan Viagra yang terlalu banyak terutama kepada lelaki
yang menyalahgunakannya. Walaupun secara relatifnya ia merupakan ubat
yang selamat, terdapat kemungkinan pengguna secara psikologi akan
terlalu bergantung kepadanya dan tidak boleh mencapai ketegangan tanpa
Viagra.
BOLEHkAH SILDENAFIL DIMAKAN BERSAMA UBAT LAIN?
Pesakit yang mengambil sebarang jenis
ubat nitrat organik tidak boleh mengambil sildenafil. Sildenafil tidak
boleh dimakan oleh pesakit yang memakan ubat-ubatan yang mengandungi
NITRAT. Jika anda memakan sebarang ubat nitrat seperti ISORDIL,
NITROPASTE, NITROPRESS, NITROLSTAT atau NITROGLYCERIN, anda tidak boleh
memakan sildenafil. Pesakit yang mengambil ubat untuk tekanan darah
tinggi boleh mengambil sildenafil tetapi adalah lebih bijak untuk
memeriksa semula tekanan darah selepas rawatan. Sildenafil diproses
secara kimia di dalam hati. Ubat-ubat yang mengganggu aktiviti tersebut
akan menyebabkan peningkatan tahap darah oleh sildenafil dan
mengakibatkan kesan-kesan sampingan lain. Contoh-contoh ubat-ubat
tersebut adalah seperti Tagamet, Erythromycin dan ubat anti-fungal
seperti Nizoral (ketoconazole). Pesakit yang mengamalkan ubat-ubat
tersebut hanya boleh mengambil dos 25 mg atau menghabiskan penggunaan
ubat-ubat lain sebelum mengambil sildenafil.
APAKAH UJIAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGAMBIL SILDENAFIL?
- Impotens lazimnya merupakan simptom
kepada penyakit yang berkaitan. Pesakit mestilah dirawat untuk
penyakit-penyakit tersebut. Sejarah perubatan dan seksual serta
pemeriksaan fizikal adalah penting. Tekanan darah harus diperiksa
terutama ke atas pesakit yang menghidap darah tinggi. Senarai mengenai
semua jenis ubat yang dimakan oleh pesakit mestilah lengkap. Ujian darah
akan dilakukan untuk memeriksa tahap horrnon lelaki (testosterone),
hati dan keadaan buah pinggang dan kemungkinan menghidap kencing manis.
- Untuk mengetahui dengan mendalam
mengenai penyakit berkaitan yang menyebabkan masalah ketidakupayaan
ketegangan zakar, ujian-ujian lain juga diperlukan seperti Snap Gauge
(ujian Rigiscan untuk mengetahui gerak balas ketegangan), ujian
pengaliran darah dalam zakar dan beberapa ujian berkaitan. Dengan
mengetahui punca-puncanya maka rawatan yang sempurna mudah dijalankan.
adalah nama saintifik bagi Viagra. Iadiambil daripada kumpulan ubat-ubatan yang dipanggilPhosphosiesterase inhibitors. Fungsinya
adalah untukmenghalang aktiviti sesuatu enzim. Secara umumnya, ubat
tersebut diuji guna untuk merawat tekanan darah tinggi yang tidak
teratur. Setakat ini tidak ada sebarang ubat daripada kumpulan Phosphosiesterase inhibitors yang boleh digunakan di Amerika Syarikat kerana ia cenderung menghasilkan kesan sampingan. Namun begitu, pada masa sildenafil gagal
menunjukkan kesannya mengawal ketidaknormalan tekanan darah tinggi,
didapati pula kebanyakan pesakit yang mengamalkan kumpulan ubat ini yang
kebetulan mempunyai masalah mati pucuk, dilaporkan mengalami ketegangan
zakar.
|
|
|
|
|
|
|
| | |
| |
|