Peribadi seseorang anak  dipengaruhi oleh banyak perkara, Ia bermula daripada karektor ibu yang mengandung hinggalah kepada suasana dia dibesarkan dan juga pengaruh kawan.

Seseorang ibu yang mengandung sebaik-baiknya dituntut menjaga akhlak baik sepanjang tempoh kehamilan, banyak membaca Al Quran dan mengelak terjerumus melakukan maksiat.  Tidak dapat dinafikan, jika ibubapa berkelakuan buruk, sedikit sebanyak ia memberi kesan pada akhlak si anak,

Dalam kepercayaan orang kita sendiri ada istilah "terkenan", iaitu kepercayaan bahawa tingkah laku dan tindak tanduk ibubapa mempengaruhi fizikal anak, apalagi dalam soal peribadi.

Pada masa sama, suasana juga memainkan perana. Al Quran memberi scontoh Nabi Ibrahim dan anak nabi Nouh as bahawa pengaruh luar memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam pembentukan akhlak.