|
Setiap
wanita yang normal akan mengalami satu hari yang dinamakan sebagai Hari
Subur atau Ovulasi, dimana pada hari tersebut telur yang subur dan
matang nenetas.
Bila sudah tahu Hari Subur, maka persetubuhan hendaklah dilakukan pada hari tersebut
Bilangan Hari
Untuk
mengenal pasti yang tepat tarikh subur atau tarikh dimana telur
menetas, anda harus mempunyai satu buku catitan peredaran haid anda
setiap bulan.
Hari Subur / Telur Menetas
· Tandakan hari pertama haid anda dengan tanda warna merah. Dari hari pertama kedatangan haid, bilang hingga keangka 14.
· Hari ke 14 ini adalah Hari Subur atau telur mulai menetas. Maka hari ini anda wajib bersama atau melakukan persetubuhan.
Contoh:
1. Jika haid anda datang pada 1 haribulan, maka tarikh subur anda akan jatuh pada 14 haribulan.
2. Jika haid anda datang pada 28 haribulan ( campurkan 13 hari lagi ) Ini bererti Hari Subur anda adalah jatuh pada 11 haribulan.
3. Jika haid anda datang pada 5 haribulan ( campur 13 hari lagi ), maka Hari Subur anda jatuh pada 18 haribulan.
Mencuri Hari Subur
Sememangnya kita akui bahawa kebanyakan wanita akan mengalami hari kesuburan pada hari ke 14 selepas kedatangan haid.
Namun supaya lebih yakin supaya cepat hamil, kami mensyurkan supaya anda mencuri satu hari sebelum hari ke 14 iaitu hari ke 13 dan satu hari lagi lepas hari ke 14, iaitu hari ke 15
Ini bererti anda disyurkan supaya melakukan persetubhan wajib selama 3 hari berturut-turut iaitu Hari ke 13, Hari ke 14 dan Hari ke 15
Perlu di Ingatkan:
Selama
7 hari sebelum telur menetas atau ovulasi, ubat-ubat homeopati yang
dibekalkan hendaklah dimakan mengikut peraturan yang ditetapkan. Kerana
ubat-ubat homeopati tersebut, sedikit demi sedikit dapat membantu
menyuburkan kamatangan tulur atau ovum seorang wanita.
Begitu juga permakanan, hendaklah dimakan bahan-bahan makanan berzat
supaya tahap kesuburan lelaki dan wanita akan bertambah menjelang tarikh
subur
Persetubuhan Pada Hari-Hari Lain.
Hari-hari
lain, sungguh pun dikatakan tidak subur, namun tidak siapa yang
mengetahui kehendak Allah swt. Bilamana Allah swt berkehendakkan
seseorang hamba Allah itu hamil, maka persetubuhan pada hari yang dikira
tidak subur juga, akan membuahkan kehamilan.
Sebab
kadang-kadang telur / ovum boleh menetas secara spontan, bilamana ia
merasakan ingin dibebaskan dari follicle seorang ibu.
Oleh itu, bagi pasangan yang inginkan anak, maka kami galakan
persetubuhan dilakukan setiap waktu yang terluang. Jangan hanya menunggu
pada hari ke 14 semata-mata. Hari-hari lain juga perlu kepada
persetubuhan yang intim. |