|
|
 |
CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM
Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna
Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua
yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan
kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan
rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika
dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan
(adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan
pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan
kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika
allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq,
pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak
keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan
harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan
anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum
isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli
sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak
ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan
redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati
syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala)
kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta
dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang
alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah
mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan
menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya
keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah
mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan
anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya. |
|
|
|
|
|
| | |
| |
|