|
|
 |
Anda semua boleh
mengajukan apa-apa masalah kesihatan yang bersifat spesifik dan peribadi
seperti penyakit, kemurungan, perkhawinan, cinta, keluarga, persahabatan dan
lain-lain kepada doktor kami dan doktor kami akan memberikan khidmat
nasihat secara online. Anda semua juga boleh menggunakan khidmat nasihat
tersebut sebagai panduan sebelum ahli-ahli berjumpa dengan doktor masing-masing.
Anda juga boleh
mendapatkan pandangan kedua dari doktor-doktor kami untuk memuaskan hati anda
mengenai masalah kesihatan yang dialami.
Adalah perkara biasa sekiranya anda telah mengunjungi beberapa doktor tetapi
masalah/sakit anda masih tidak dapat diatasi. Ini berkemungkinan, setiap doktor
mempunyai pengalaman untuk merawat penyakit yang berbeza ataupun
klinik/hospital tersebut hanya mempunyai sejenis ubat tertentu sahaja. Maka,
pandangan doktor yang lain adalah amat perlu bagi mengatasi masalah/penyakit
anda.
|
|
 |
Setakat
ini, Klinik Qistina telah memberikan perkhidmatan konsultansi perubatan online
secara percuma lebih 1800 soalan-soalan yang dikemukakan. Pelbagai bentuk
soalan telah dikemukakan dari pelusuk Malaysia dan warga malaysia yang berada
di luar negara.
Soalan A
Saya ingin bertanyakan mengenai masalah yang saya hadapi. Untuk pengetahuan
Doctor, saya pernah dijangkiti Herpes Zoster pada awal tahun ini. Bintik2
(ketumbuhan) pada dada di sekitar puting dan belakang badan mulai timbul dan
ianya membuatkan saya berasa kurang selesa dan malu untuk membuka pakaian di
depan sesiapa pun. Setelah mengambil ubat yang disarankan oleh pihak pakar,
saya mengambil ubat (yang agak mahal) dan ianya mula kecut dan hilang. Yang
tinggal hanyalah parut di dada dan belakang badan saya. Adakah ubat atau
rawatan yang boleh menghilangkan parut tersebut?
2. Saya juga mengalami masalah kulit pada bahagian
kaki (kering, bersisik & gatal2 hingga apabila saya mengarunya selalu –
berdarah & berparut). Saya telah menemui pharmacist di sebuah pharmacy
terkenal, dan beliau mengatakan saya mendapat penyakit enzema? Dgn ubat yg diberikan,
saya kurang rasa gatal & bahagian yang selalu gatal2 juga menjadi lembab
dan baik. Soalannya, ianya berulang kembali baru2 ini dan keadaan kulit kaki
saya menjadi semakin teruk. Saya malu untuk memakai seluar pendek atau
ternampak sedikit pun bahagian kaki saya. Adakah rawatan yang sesuai untuk
masalah saya ini?
Soalan
B
my baby dah 8 bulan, problemnya... sebulan yang lepas dia ada problem dgn susu
rumusan yg dia minum.. dua kali tukar brand pun still ada masalah cirit birit,
I try guna susu based on soya (mamex), so far cirit birit pun stop.. but.. dia
dah tak minum susu tu, kesian dia...I tak tau nak buat apa, bila bagi susu yang
dulu, dia akan menyusu tapi terus buang air besar... apa yang patut saya buat?
|
|
 |
Soalan
G
ibu saya berada di kelantan. bagaimanakah boleh mengenalpasti sama ada sakit
tersebut kecederaan tulang atau saraf? saya pernah membawa ibu ke klinik.
kata doktor, sakit urat dan dikaitkan dengan usia. Adakah urat dan
saraf perkara yang sama?
Soalan H
Saya ingin bertanya mengenai penyakit angin yang berada di dalam badan saya.
Apakah yang harus saya lakukan, saya telah di syorkan oleh seorang doktor
makan ubat OMEPREZOLE dan UNYENZIME. Selama 2 bulan saya telah menggunakan
ubat ini, akan tetapi masih kurang berkesan.
Symtom yang berlaku pada diri saya, apabila menaiki tangga atau mengangkat
beban seperti
mendukung anak yang kurang 15kg akan terasa sesak di bhg hulu hati, ada kala
ianya akan
menjadi pucat walhal saya telah lakukan ECG checking dan keputusannya NORMAL.
BP pun
ok. Apabila dalam keadaan duduk perut terasa sempit / tidak selesa umpama
kekenyangan walhal
adakalanya belum masa makan nasi.
Soalan I
> 1. Lately I felt no mood@no feel bila "bersama"
dengan suami. Salah
> satu factor maybe I bekerja letih and still fobia after bersalin (cz
of
> jahitan after birth). Adakah punca lain? How to solve the problem?
> 2. Bilakah masa yg sesuai untuk buat pemeriksaan pap smear?
> 3. Bilakah masa yg sesuai untuk my bb girl "sunat"?
> 4. my face nampak tak bermaya - pucat :-(
| | |
 |
Anda boleh samada menggunakan perkhidmatan tersebut samada untuk
isu/perkara/penyakit yang umum atau dengan menggunakan borang
yang terdapat pada MENU BORANG/FORMS untuk sebarang
pertanyaan dan permasalahan yang lebih spesifik dan berbentuk peribadi.
Untuk menggunakan perkhidmatan "Tanya Doktor Online" ini anda hanya
perlu :
1) Menjadi Ahli Kelab Klinik Qistina dengan melengkapkan borang secara
"online" (Borang terdapat pada MENU BORANG/FORMS) atau pun
mendapatkan borang manual di Klinik Qistina.
2) Mempunyai rekod perubatan di Klinik Qistina bagi memudahkan khidmat
konsultansi diberikan secara online oleh doktor-doktor yang bertugas.
3) Tertakluk kepada jenis penyakit yang berulang pada diri ahli kelab atau
penyakit umum yang tidak memerlukan pemeriksaan lanjut.
4) Tertakluk kepada pandangan profesional secara umum mengenai sesuatu penyakit
tertentu tanpa pemeriksaan terperinci.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan khidmat konsultansi yang lebih tepat,
ahli kelab diminta sedaya upaya dengan kadar segera berjumpa dengan
doktor-doktor kami atau doktor-doktor lain yang berdekatan setelah mendapat
khidmat konsultansi secara "online".
|
|
 |
Soalan C
saya telah mengalami penyakit
ini sudah 5,6 thn dan ianya tdklah begitu bnyk hanya di kaki dan sedikit di
bhgn muka. Sy telah mengunakan bermacam2 jenis ubat dan haraganya dalam
lingkungan beratus2 tetapi hasilnya tidaklah begitu memuaskan.saya nak
tnya,kenapa dikawasan yang terdedah kepada matahari digalakkan menggunakan
sunblock??kerana dikawasan muka yg terdedah kepada matahari bukan ke lebih
cepat sembuh??
ada
doktor yg pernah sy jumpa menyarankan sy agar berjemur dibwah matahari..selain
daripada krim sapu,apa lagi rawatan untuk penyakit ini?? skarang sy mengunakan
ubat Tretinon cream.
Soalan D
saya mr.xxxx bekerja di xxxx umur saya
46 tahun tangan dan kaki saya selalu rasa kebas ketika menunggang motorsikal
setiap hari saya mengambil masa 30minit perjalanan dari rumah ke tempat kerja
dan juga lutut kiri saya dah lama tak boleh bengkuk dan kalau bersila cepat
rasa kebas disini saya nak mitak pedapat dr apakah rawatan yang sesuai
dan kos rawatan
|
|
 |
Soalan E
1. sakit ibu saya yg
berusia 65 tahun. Dia sakit di bhgan punggung yg menyebabkan sakit
apabila berjalan, rasa seperti berat, sengal2 dan tegang untuk
melangkah. Adakah kemungkinan disebabkan pernah jatuh di masa lalu? Adakah
cara rawatan atau ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan?
Saya yg kini berusia 43 tahun
pun, kadangkala ada rasa sakit2 sebegitu. Saya pernah jatuh terhempas
punggung 2 kali semasa mengandung.
2.
suami saya, sejak 3 bulan ini, dia terasa kebas dari pergelangan tangan hingga
ke jari. apakah puncanya? dan apa yg perlu dibuat?
Soalan F
Saya ada sedikit masalah yang nak diberitahu pada doktor. Saya ada seorang baby
yang baru berusia 2 bulan dan saya baru terima untuk dijaga pada hari ini. Akan
tetapi baby ini ada masalah kembung perut. Emak beliau ada memberitahu saya
tentang masalah ini pada saya, kembung perut anaknya terjadi sejak seminggu
yang lalu. Saya minta pandangan doktor adakah sesuai untuk saya berikan GRIPE
WATER pada baby tersebut seusia 2 bulan untuk mengurangkan ataupun
menghilangkan masalah kembung. |
Soalan J
hai doktor ibu saya disahkan
kanser paru2 tapi dia takut nk wat rwtn kemoterapi.leh x doktor beri tips cara
pemakanan yg betul dan cara rwtn yg lain selain kemoterapi?ibu saya juga tidak
m'gambil sebarang supplemen.apa yg harus sy lakukan?
> salam doc,
> sy ada kemusykilan sikitla. lately, back bone sy rase cm dicucuk jarum.
> masuk sakit. tp bukan salu. kadang2. smpai xle nak wat keje. kene stop
> kejap.
> lagi stu, koksik sy salu jugak saket, bile duduk or bareng ley rase. cm
> bengkak pon ada. benjol. tp nnt lame2 die hilang n lame siket akan jd
> balek. kenape ye? harap doc dpt bantu. tq.
Soalan K
Doktor ; semalam selepas balik kerja saya rasa tak sedap
badan.Perut pula rasa semacam je.Saya fikir mungkin saya lapar ke??
Tapi tiba-tiba tekak rasa loya lalu saya muntah
berulang-ulang kali.Walaupun makan sedikit untuk mengisi perut; saya pasti
muntah semula??
Saya rasa besar kemungkinan saya keracunan makanan.Sebab
masa lunch saya makan ketam masak lemak di sebuah restoran.
Atau adakah ia sintom-sintom lain???dan bagaimana nak ada
selera makan semula???
| | | |
 |
Soalan L
assalamualiakum...
saya imgin menenya masalah
kulit yg sy alami iaitu pada celah peha n kemaluan saya menjadi itam..
sedang kan kulit saya d area
laen adalah puteh...sy ingin mengetahui nye...adakah ia blh menjdi cerah...
Soalan M
Saya nak tanya, adakah selamat untuk makan pil motilium. Ada tak kesan
sampingan pada ibu dan anak yang menyusu. Ada tak cara untuk menambah air susu
ibu?
Soalan N
Assalamualaikum Dr,
Saya ingin bertanya soalan berikut:-
Anak saya berusia 17 tahun (perempuan). Badannya ditumbuhi
bintik2 besar, gatal & berair seperti campak. Bintik2 ini tidaklah banyak
namun setelah disapu ubat beberapa hari ia akan kering dan akan tumbuh di
bahagian lain. Untuk makluman Dr, anak saya telah diserang demam campak
sebanyak 2 kali. Telah berjumpa doktor di beberapa buah klinik biasa. Menurut
dr, anak saya dijangkiti alahan.
Soalan saya apakah sebenarnya penyakitnya dan bolehkah
disembuhkan sepenuhnya?
Bagaimanakah saya boleh membawa anak saya untuk mendapatkan
rawatan? Adakah klinikqistina mempunyai cawangan di Kuala Lumpur @ Damansara?
|
|
 |
Soalan R
saya mengalami
sintom-sintom kegatalan pada muka dan telnga dan menyebabkan ruam-ruam halus
pada muka sahaja.
Adakah ini salah
satu petanda resdung atau alahan pada persekitaran/makanan?
Jika ya, apakah
rawatan/ubat yang sesuai?
Penerangan dan jawapan
doktor amatlah saya harapkan dan didahului ucapan terima kasih.
Soalan
O
Assalamu'alaikum Doc.
Saya rasa sakit di bawah rusuk
kanan macam ada ketulan naik ke atas bila menarik nafas.
|
|
 |
| | |
 |
Soalan
P
saya XXXX,pelajar
institusi pengajian tinggi tempatan,saya menghidapi penyakit kulit sejak
dilahirkan dan ianya bertambah teruk dari sehari ke sehari. Sekarang saya sudah
mencecah usia 21 tahun,sepatutnya bagi perempuan sudah stop growing tapi tiada
tanda2 yg penyakit ini bersurut,malah merebak ke bahagian atas badan.
Saya tidak tahu latar
belakang saudara/saudari, samada doktor perubatan/bomoh/apa2 sahaja, cuma saya
sedang berusaha mencari penawar alternatif selain daripada steroid.
Disini saya terangkan
sedikit tentang ciri2 penyakit saya ini:
-ia tak
berdarah,bernanah,berair or anything like kusta,kayap,sopak,eczema,psoriasis.
-ia sangat kering dan
merebak secara memanjang dari kaki kiri ke punggung(only left part)
-ia bukan
genetik,tidak berjangkit.
-saya dilahirkan
dengannya,ia berwarna kemerah-merahan semasa saya baby.
-doktor di hkl
mengatakan yg ianya bukan disebabkan sistem dalaman. saya lupa nama penyakit
ini,namanya panjang seakan2 nama bakteria.
-ia akan gatal kalau
saya makan seafood dan tak apply steroid in form of cream.
-saya dah try makan
spirulina,clostrum dll tapi tidak berkesan.
-Sekarang ia sudah
merebak ke bahagian perut kiri saya.
Soalan Q
> hello n selamat
sejahtera,
> saya berumur 19
tahun dan masih belajar. I'm having acne prob since
> form 3 and fyi,
my sister also got the same thing. i had consulted a
> dermatologist at
JB and eventually he gave me
> 1. Dalacin T
> 2. Differin 0.1%
> 3. Neoceuticals
> The doctor said
my acne is at level 1 and it will b okay after 3
> months. after 6
months, i wonder why my face does no't fully recover.
> perhaps u can
give some recommends to solve my prob. tq.
|
|
 |
Soalan S
saya
menggunakan krim veet utk membuang bulu roma di kaki..
dan telah mengakibatkan ia keluar bintik-bintik merah dan kekal seperti parut
pada mulanya tidak banyak dan saya telah menggunakan cream mederma utk
menghilangkan parut tersebut
dan apabila kemudiannya saya mengulang guna cream veet tersebut ia
menjadikan bintik merah itu keluar dgn lbh byk lagi..
sekarang saya tidak tahu apa produk atau rawatan yg sesuai utk bintik-bintik
merah yg kemudiannya menjadi parut ini..
bolekah parut bintik-bintik ini hilang?
t) Saya
sudah dua tahun kemalangan jalan raya dan masih belum pulih.Kaki kiri saya
masih tidak dapat digunakan.Boleh tak doktor terangkan tentang perkhidmatan
untuk memulihkan keupayaan kaki kiri saya ini dan harganya
|
|
 |
| | | |
|