|
|
Toksid di dalam usus ini akan menyebabkan radang pada dinding dalam usus.
Ciri-ciri Berlakunya Cirit Birit
1) Sangat kerap membuang air besar dan keadaan najis yg sangat cair.
2) Perut berasa sakit dan pedih
3) Muntah-muntah
4) Kadangkala menyebabkan gastrik
5) Badan letiah dan lesu
Komplikasi
1) Badan akan kehilangan air yang banyak dan garam galian
2) Kekeringan yang melampau
3) Kegagalan buah pinggang yang boleh menyebabkan kematian
Rawatan
1) Minum banyak air
2) Memasukkan air yang mengandungi garam dalam darah melalui suntikan
3) Ubat Cirit Birit
4) Ubat Sakit Perut
5) Ubat Tahan Muntah
6) Berehat dan jauhkan darai aktiviti yang mengeluarkan peluh
Pencegahan
1) Pastikan kita mengambil makanan yang bersih dan dari sumber yang bersih
2) Minum air minuman yang telah dimasak dengan sempurna
3) Elakkan dari memakan makanan yang telah melebihi 24 jam
4) Ambil suntikan sebelum pergi melancong ke luar negeri yang berisiko.
5) Amalkan sikap mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Membasuh juga
makanan-makanan mentah dan buah-buahan sebeluam dimakan.
Tidak dapat dinafikan bahawa pengambilan sesetengah antibiotik juga
boleh menyebabkan cirit birit. Ini kerana antibiotik juga turut membunuh
bakteria bermanfaat.
Cirit birit juga boleh mempercepatkan kehilangan bakteria bermanfaat
dalam saluran penghadaman, maka dengan ini adalah penting untuk
menambahkan semula bakteria bermanfaat dalam usus.
Penggunaan probiotik dalam menangani masalah penghadaman telah lama
diperakui, namun pemilihan strain (jenis) probiotik yang tepat perlu
diambilkira kerana ianya haruslah dikaji dakan keberkesanannya untuk
menangani masalah tersebut.
Probiotik dari strain lactobacillus acidophilus NCFM telah diperakui
dalam menangani masalah dan melegakan simptom-simptom akibat
ketidaksempurnaan sistem penghadaman, termasuk cirit birit. Strain
probiotik ini juga mampu bertahan dalam jus gastrik dan hidup di
sepanjang saluran usus.
|
|
|
|
|
|
|
| | |
| |
|