3) Tunjukkan contoh yang baik kepada anak dengan mengambil makanan yang berkhasiat setiap kali lapar.

Petua Supaya Anak Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-sayuran
1) Pastikan anak sentiasa diperkenalkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran baru
2) Ibubapa perlulah menjadi role model untuk menyukai buah-buahn dan sayur-sayuran
3) Sediakan pelbagai jenis supaya kanak-kanak boleh memilih
4) Letakkan sayuran dan buah-buahan di tempat yang senang dilihat dan diambil
5) Sediakan dengan potongan yang kreatif dan menarik
6) Jadikan buah-buahan sebagai snek yang rutin
7) Bawa kanak-kanak ke pasar dan biar mereka sendiri yang memilih jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang diminati.
8) Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam menu kegemaran kanak-kanak
Cara Mengendalikan Anak Yang Cerewet Makan
1)
Elakkan dari nenberi anak makan snek terlalu kerap di antara waktu
makan dan jangan memberi minuman secara berterusan kerana keadaan ini
boleh menyebabkan anak kehilangan selera untuk makan makanan utama.
2) Tetapkan waktu makan anak. Kanak-kanak memerlukan sesuatu yang rutin/tetap.
3) Sediakan saiz hidangan makanan yang kecil untuk anak.
4)
Jika anak tidak mahu makan, jangan memarahi anak, elakkan daripada
memberinya pilihan makanan yang lain. Tunggu sehingga waktu malam
berikutnya.
5) Jika anak menolak sesuatu jenis makanan, cuba berinya sekali lagi
selang beberapa hari. Kanak-kanak akan mencuba makanan baru jika
dipujuk beberapa kali.
6) Pastikan perhatian anak tertumpu kepada makanan. Jauhkan daripada gangguan TV atau alat permainan semasa makan.
Keperluan Nutrien Kepada Kanak-kanak
Berikan
anak anda pelbagai jenis makanan daripada 5 kumpulan makanan berikut
untuk memastikan anak mendapat cukup nutrien yang diperlukan untuk
tumbesaran.
1) Bijiran dan Hasil Bijirin
Bijirin dan hasil bijirin seperti nasi, roti, mee membekalkan tenaga kepada anak anda.
2) Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin dan mineral serta serat. Beri anak anda makan buah dan sayur setiap hari.
3) Ikan, ayam,daging dan kekacang
Makanan
ini tinggi protein, zat besi dan zink. Berikan anak anda makanan ini
setiap hari atau sekerap yang mungkin untuk memenuhi keperluan harian.
4) Susu dan Hasil Tenusu
Susu dan Hail Tenusu adalah disarankan pengambilannya kerana ia kaya
dengan sumber protein, kalsium dan nutrien lain. Beri kanak-kanak minum
susu sebanyak 1 hingga 2 cawan (200 - 400 ml) sehari. Susu yang sesuai
diberikan kepada kanak-kanak adalah susu tepung penuh krim, susu UHT,
susu sejat dan "fermented milk".
5) Lemak/Minyak
Hidangan harian anak anda
perlu mengandungi cukup kandungan lemak kerana ia diperlukan untuk
penyerapan vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.